Another 1 day to go. Esok pagi bertolak. Hati dah tak sabar sangat2 mahu berholiday. Harap-harap Allah izinkan perjalanan kami kali ini. Nurin pun dah melonjak keriangan nak bercuti. Manakan tidak hari tu dia dah frust sbb Hasni postpone time dia kena demam tempoh hari. Semoga kali ini Allah beri kami semua kesihatan yang baik sepanjang perjalanan pergi balik nanti. Percutian kami kali ini juga disertai oleh mami dan abah. Makcik tu memang kena wajib ikut la. Kebetulan mami dan abah dah ada kat sini so Hasni dan is ajak diorang join sama.
InsyaAllah kami akan bertolak pagi dan akan singgah di rumah mak saudara is (mak uda n pak uda) untuk makan tengahari kat sana. Hari tu bila we all call dia bgtau yang we all postpone tu dia ckp dia dh beli macam2 benda sebab nak masak...hehehehe. Pak uda siap beli durian sbb nak jamu makan ramai-ramai. Tapi nak buat mcm mn kan..Allah tak izin time tu. So insyaAllah esok boleh la makan sampai puas kat rumah mak uda.
Lepas makan tengah hari rumah mak uda n lepak2 kejap baru nak ajak yayang (sepupu is) tunjukkan location hotel untuk check in. Seronoknya...malam ni baru nak jalankan misi kemas baju masuk dalam beg. Part tu memang tak berapa nak risau sbb i have the best assistant..nurin la saper lagi..hehehehe. Oklah nanti akan kembali update di tempat percutian..hehehehe.

No comments:
Post a Comment