Monday, April 13, 2009

::: Allahyarhamah kalsom Binti Mahmud :::

11 Januari 1933 - 8 April 2009

kenangan ketika Hari Raya Aidilfitri tahun 2007

Semoga Allah mengampuni dosanya dan menempatkannya sebagai ahli Syurga..Amin.

....................................................................


Pada hari Rabu yang lepas bersamaan 12 Rabiulakhir 1430 / 8 April 2009 lebih kurang jam 11 pagi, Hasni dapat panggilan daripada kak mira yang mengatakan nenek hasni (chek) tidak sedarkan diri. Semuanya bermula apabila dia duduk di kerusi dan tiba-tiba dia terjatuh ke lantai dan terus tidak sedarkan diri. Pada ketika hasni terima berita tersebut, hati dan perasaan terus kacau bilau. dalam hati ini hanya mampu berdoa semoga Allah melindungi chek daripada sebarang perkara yang tidak diingini. Waktu itu hasni sudah tidak dapat beri tumpuan pada kerja yang bersepah di atas meja. Panggilan demi panggilan kepada mami dan kak mira untuk dapatkan berita terkini mengenai chek.


Sehingga petang chek masih tidak sedarkan diri hanya jari jemarinya sahaja yang mampu digerakkan. Pada ketika itu hasni, kak mira dan abah masih saling berhubung untuk mendapatkan berita. Pada saat-saat itu hasni memang tidak mahu menghubungi mami kerana tidak mahu dia terganggu dan hasni rasa biarlah mami uruskan chek tanpa sebarang gangguan. Sehinggalah chek dibawa ke HUSM Kubang Kerian, dan tepat jam 5.00 petang Abg Ja call hasni dan beritahu yang chek dalam keadaan tenat. Ya Allah kau selamatkan lah nenek ku. Tanpa terus berfikir panjang hasni terus mintak pelepasan dari bos untuk bercuti pada hari Khamis dan Jumaat untuk balik ke KB. Hasni terus bergegas ke Lrt station dan mintak IS jemput hasni di stesen Bukit Jalil. Belum pun 5 minit berada dalam Lrt, Abg Ja call dan beritahu Chek sudah meninggal. Ya Allah, ketika tu badan hasni tiba-tiba menggigil dan rasa tidak berdaya. Sesungguhnya itulah ketentuan Allah kerana akhirnya kita tetap akan kembali PadaNya. Malam tu selepas solat Isyak, kami bertolak pulang ke KB.


Alhamdulillah, kami selamat sampai ke KB dan sempat menziarahi jenazahnya sebelum dikapankan. Syukur juga kerana di saat- saat akhir hembusan nafasnya Abg Harif berada di sisinya untuk membisikkan 2 kalimah syahadah. Hanya Abg Harif satu-satunya cucu yang berada di sisi chek dan tok ayah di waktu akhir hayat mereka. Mungkin inilah ketentuan Allah kerana cucu mereka yang seorang "Hafiz" ini dipilih untuk bersama-sama mereka untuk mengucapkan kalimah syahadah di pengakhiran kehidupan mereka. Alhamdulillah kerana Allah beri kesihatan kepada beliau dan jauhkan dia daripada penyakit berbahaya dan chek meninggal dalam keadaan tenang tanpa derita penyakit.


Tok Ayah dan Chek meninggal dalam keadaan dan waktu yang sama iaitu tidak sedarkan diri dengan tiba-tiba ketika sedang duduk dikerusi sambil berehat. Bezanya chek jatuh ke lantai dari atas kerusi. Tok Ayah meninggal tanpa ada sebarang penyakit seperti jantung, darah tinggi ataupun kencing manis manakala chek pula hanya menghidap tekanan darah tinggi. Alah mudahkan pemergian mereka tanpa menyusahkan anak cucu. Syukur kepada Mu Ya-Allah.


Hasni bersyukur sangat kerana sempat jenguk chek ketika hasni pulang ke KB pada awal bulan yang lepas. Walaupun tidak berkesempatan untuk bersama dengan chek lebih lama tapi hasni tetap hargai dan kenang masa yang sesingkat itu. Alhamdulillah, sejak hasni study di matrik lagi, jika cuti hasni memang tidak lepaskan peluang untuk ziarahi chek. Ini semua hasil didikan mami terhadap anak-anak. mami memang memaksa kami adik beradik untuk luangkan masa untuk ke rumah chek bila kami adik beradik pulang ke KB. Memang patut mami memaksa anak-anak kerana dengan paksaan lah membuatkan kami adik beradik erat dan tahu menghormati orang tua.Alhamdulillah.


Kini atuk dan nenek belah mami dan abah sudah tiada. Kenangan bersama mereka tetap akan dikenang hingga akhir hayat. Hasni berharap ikatan kekeluargaan dengan saudara mara yang lain tetap utuh dan kukuh. Semoga Allah merahmati kita semua.


.... Di saat hasni coretkan kenangan ini, terasa amat rindu pada chek dan maktok...belum puas diri ini bermanja dan bercerita dengan mereka berdua....biarlah air mata ini mengalir sebagai tanda kerinduan pada mereka.. Ya-Allah tabahkan dan kuatkan hati ku ini.


No comments: